Monday, 14 November 2011

Produk Terbaru - PEPAIS dan Otak-Otak Ayam

Jangan lupa dapatkan product terbaru dari kami.. 




Dapatkan segera!!

Sunday, 13 November 2011

Pengenalan

 

Sebuah perusahaan makanan halal sejukbeku di bawah kendalian syarikat pemilikan tunggal iaitu KHM Food Industries telah dijalankan sejak September 2007. Ianya beroperasi di sebuah premis lot kedai yang beralamat di No.44, Jalan SG/25, taman Sri Gombak, Batu Caves. Sinonim dengan lokasi premis tersebut, produk otak-otak yang dikeluarkan dan dipasarkan lebih dikenali dengan nama Otak-Otak Gombak.
Namun, setelah dua (2) tahun beroperasi dan menerima sambutan yang menggalakkan, syarikat telah mengambil keputusan untuk memperbaiki sistem pengurusan dan pengeluaran ke arah mencapai piawaian ISO9001, GMP dan kekuatan penjenamaan dengan memindahkan operasi bisnes pada dua buah syarikat iaitu KHM Food Marketing Sdn Bhd dan KHM Food Industries Sdn Bhd (ditubuhkan pada 05 Januari 2010). Selari dengan itu, premis perniagaan ini turut dipindahkan ke lot kilang yang beralamat di No.66, Jalan SBC 8, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. 



  •  KHM Food Industries Sdn Bhd diwujudkan untuk tujuan menumpukan kepada pengeluaran disamping mengawal dan menguasai kualiti dan kos setiap produk agar ianya lebih kompetatif dari segi harga, kualiti dan kuantiti.



  • KHM Food Marketing Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk memasarkan keseluruhan produk keluaran KHM Industries Sdn Bhd dan produk lain-lain syarikat disamping memperkuatkan penjenamaan produk.
  • Produk-produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh syarikat pada ketika ini adalah seperti Otak-otak (daun nipah), otak-otak (popia), sos tauhu bakar, sos rojak buah dan lain-lain. Jenama produk keluaran syarikat KHM lebih dikenali sebagai:


    dan;

    Lokasi Kami:
    No 66, Jalan SBC 8,
    Taman Sri Batu Caves,
    68100 Batu Caves, Selangor
    Tel: 03-61892326   Fax : 03-61892324
    Email: mamartfoods@gmail.com





    View Larger Map


    Followers